Perhatian semua org-org kampung Ismi..
Diumumkan bahawasanya Teratak Teratai Hj. Salleh & Hajjah Hashimah Family telah dikosongkan serta merta atas arahan pihak atasan. Dengan sokongan dan kerjasama dari beberapa pihak, kerja-kerja pengosongan telah berjaya dilakukan pada kedua-dua hari perlepasan am untuk geng cindraf merayakan hari makan limau mereka. Sedikit pun tidak menggoyangkan nafsu makan limau kami. Semua petugas berjaya melakukan tugas masing-masing dengan jayanya.
*Petugas yang lari untuk berhari raya - muka terpaksa dikaburkan
After two days of hardworking_struggle session, kami berjaya juga memindahkan barang-barang ke satu tempat yang terpaksa dirahsiakan setakat ini. Dengan perjalanan yang memakan masa hampir 15 minit, maka tibalah kita di satu istana tinggal terletak di pinggir jalan yang hanya berpapan-tandakan 2971. Maaf, tiada alamat specific yg mampu diberi kerana sang penulis pun tatau. Apa yang boleh digambarkan di sini hanyalah landmark kasar yakni di belakang Restoran Pak Tuan dan bersebelahan sekolah mengaji Al-Quran.
Setelah penat bergelumang dengan peluh jantan dan perempuan, pada malam harinya - satu majlis meraikan para petugas telah diadakan di perkarangan istana tinggal yang dah tak tinggal lagi itu. Berbekalkan ayam, kambing, udang dan jagung (oh ya! sedikit mushroom dan ubi kentang yg keras), disulami ayaq root-beer dan pepsi, semua yang hadir telah pulang dengan mengusap perut yang semakin membulat. Burp!! Alhamdulillah.
*Perkarangan masuk kapal Titanic
*Sibuk membakar sampai tak perasan kehadiran paparazi - tanda tak sabaq nak makan
*Kehadirannya diperlukan - mujur tiada yg mengalami kecederaan..hehe
Maka dengan itu, dengan rasminya semua ahli keluarga Ismi dijemput ke teratak Hj Salleh & Hajjah Hashimah. Susun atur rumah mungkin tidak 100% lengkap kerana masih menanti eric si deco utk datang dan deco hiasan dalaman teratak ini, tetapi cukup untuk memberi anda pengalaman bercuti di chalet 4.5 bintang di Guatemala. Huhu.
*Masih mencari sentuhan Eric untuk hiasan dalaman
Sekian laporan terkini berkenaan aktiviti yang telah berlangsung setakat ini. Untuk pemain-pemain futsal tempoh hari, harap dapatlah kiranya salah seorg dari anda melaporkan aktiviti pada malam itu. Keep on logging people!! Ciao!!
Tuesday, February 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
eeeiieeii....tak cover k...
syioknyerrr.....bulan 4 ni kami nak pulang...ayuuhh...reramai mari kita pulang...pulanggggg
Post a Comment